00:00Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyantuni rakyat dalam suasana santai di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pagi tadi.
00:08Kehadiran Baginda mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat jelata dari pelbagai latar belakang.
00:15Seri Paduka Baginda berangkat tiba sekitar jam 7 pagi.
00:19Baginda sempat meluangkan masa untuk berinteraksi serta beramah mesra dengan pengunjung yang sedang bersenam dan menikmati keindahan pagi hujung minggu.
00:28Keberangkatan Baginda disambut dengan penuh mesra oleh orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama Seri Paduka yang turut berjalan kaki mengelilingi kawasan tasik tersebut.
00:41Kehadiran Sultan Ibrahim ternyata mencurigakan suasana dan meninggalkan momen bermakna buat para pengunjung.
00:47Mengibarkan jalur gemilang bukan sekadar simbolik tetapi lambang semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air yang merdeka dan berdaulat.
01:02Menurut penyelidik Kumpulan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial UTM Prof. Mada Dr. Mohd Azhar Abdul Hamid,
01:10jalur gemilang membawa makna mendalam yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan sejarah perjuangan negara.
01:18Beliau menyambut baik inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang yang diteruskan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
01:28Dengan penambahan
Comments