00:00Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar simbolik tetapi lambang semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air yang merdeka dan berdaulat.
00:09Menurut penyelidik Kumpulan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial UTM Prof. Mada Dr. Muhammad Azhar Abdul Hamid,
00:16Jalur Gemilang membawa makna mendalam yang perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan sejarah perjuangan negara.
00:24Beliau menyambut baik inisiatif Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang yang diteruskan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
00:34dengan penambahan dua kluster baharu iaitu industri dan agensi kerajaan menjadikan tujuh kluster keseluruhan.
00:42Sebanyak 698 program telah dilaksanakan tahun lalu di bawah inisiatif ini yang turut melibatkan sektor pendidikan, kesehatan, keselamatan dan komuniti.
00:51Sementara itu, penganalisis politik USM Prof. Dato' Dr. Siva Murugan Pandian berkata,
00:58kempen ini mampu menjadi pemangkin semangat kebangsaan jika dilaksanakan secara inklusif dan menyentuh hati rakyat.
01:05Beliau mencadangkan penggunaan teknologi seperti kecedasan buatan, AI dan pendekatan digital untuk menjadikan mesej patriotism lebih dekat dengan generasi muda.
01:13Tema Malaysia Madani Rakyat Disantuni kekal sebagai tema rasmi sambutan HKHM 2025
01:20dengan Hari Kebangsaan bakal diraihkan di dataran Putrajaya pada 31 Ogos,
01:25manakala Hari Malaysia disambut di Pulau Pinang pada 16 September.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments