00:00Pihak berkuasa Iran menyerbu sebuah lokasi di Tehran yang dipercayai digunakan oleh ejen Israel untuk menghasilkan drone dalam perkembangan terbaru konflik antara kedua-dua negara.
00:12Menurut laporan agensi berita Anadolu, rakaman yang dikeluarkan menunjukkan beberapa komponen drone dan bahan letupan ditemukan di lokasi tersebut.
00:20Lokasi tepat bengkel tidak didedahkan namun ianya disahkan terletak di ibu negara Tehran.
00:25Israel sebelum ini dilaporkan menggunakan drone kamikaze dalam serangan ke atas wilayah Iran bulan lalu.
00:34Iran mendakwa beberapa bengkel pembuatan drone untuk Israel telah disita di beberapa bandar utama termasuk Tehran dan Isfahan.
00:41Konflik selama 12 hari antara Iran dan Israel tercetus pada 13 Jun lalu, mengorbankan lebih 600 orang di Iran dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.
00:50Sebagai serang balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan drone ke atas wilayah dikuasai Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 29 maut dan lebih 3,400 cedera.
01:02Konflik berakhir selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada 24 Jun, namun ketegangan antara kedua-dua negara masih berterusan.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments