00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN sedang dalam fasa akhir merangka dasar pengguna negara DPN 2.0 sebelum dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
00:11Menterinya Dato' Armizan Muhammad Ali berkata DPN 2.0 akan dijadikan sebagai rujukan utama kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan inisiatif serta aktiviti kepenggunaan di negara ini mulai 2026 hingga 2030.
00:30Katanya dasar itu juga akan memperincikan peranan dan tanggungjawab setiap pihak berkepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan pengguna.
00:39Beliau berkata hubungan antara pelbagai pihak kini penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Undang-Undang Pelindungan Pengguna serta penyampaian maklumat tepat dan menyeluruh.
00:50DPN 2.0 dirangka bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran semasa dalam ekosistem kepenggunaan.
00:58Ia termasuk kelonggaran dalam aspek kawal selia dan penguatkuasaan serta tahap celik pengguna yang rendah sehingga terdedah kepada eksploitasi.
01:09Selain itu penggunaan produk yang tidak mematuhi standar keselamatan atau tidak mesra alam, penipuan dalam transaksi pembelian dan penyalahgunaan teknologi digital termasuk kecedasan buatan AI juga menjadi cabaran dalam ekosistem kepenggunaan kini.
01:26Armizam berkata DPN 2.0 juga akan memberi pendekanan kepada isu kawal selera hidup rakyat.
01:33Selain itu tambahnya, skuad kita pengguna akan digerakkan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menangani isu kepenggunaan secara lebih responsif dan inklusif sekaligus menjadi teras kepada keberkesanan pelaksanaan DPN 2.0.
01:51Terima kasih telah menonton!