00:01Baik, kita teruskan dengan perkembangan banjir di Korea Selatan.
00:04Seramai 18 orang maut manakala 9 lagi masih hilang susulan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh yang melanda negara itu sejak minggu lepas.
00:12Menurut Kementerian Dalam Negeri, angka korban merangkumi 10 orang di Sanchong di Selatan, 2 di Gapyong di Utara dan 2 lagi di Siosan Barat Korea Selatan.
00:244 daripada mangsa yang hilang dilaporkan di Sanchong manakala 4 lagi di Gapyong.
00:29Lebih 14,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan di 15 bandar dan wilayah utama sejak hujan lebat bermula pada Rabu lepas.
00:38Kerosakan harta benda turut dilaporkan dengan 1,999 kes membabitkan kemudahan awam dan 2,238 kes melibatkan kemudahan persendirian.
00:48Agensi Cuaca Negara Korea Selatan meramalkan hujan akan berterusan sehingga Isnin di wilayah Jolah Selatan, wilayah Gyeongsang Selatan dan Pulau Selatan Jeju.
00:57Wilayah Jolah Utara dan Gyeongsang Utara dijangka mula menerima hujan pada 9 pagi, manakala kawasan Ibu Negara serta wilayah Gangwon dan Cungcong diramal mengalami hujan pada sebelah petang.
01:09Kerajaan telah menarik balik semua amaran hujan lebat dan menurunkan tahap amaran daripada Sirius kepada Waspada pada Ahad.
01:15Kerajaan Telah
01:19Jolah
01:20Kerajaan telah menerima hujan teide
Comments