Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Israel memberi amaran akan menyerang semula Iran sekiranya Tehran cuba membangunkan kembali program nuklear atau peluru berpandu balistiknya. Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen berkata tindakan itu akan diteruskan walaupun Iran mencapai sebarang perjanjian dengan Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Israel memberi amaran akan melancarkan serangan baharu ke atas Iran sekiranya Teheran cuba membangunkan semula program nuklear atau peluru berpandu
00:08balistiknya.
00:08Menurut Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, tindakan itu akan diambil tanpa mengira sebarang perjanjian yang mungkin dicapai antara Iran dan
00:16Amerika Syarikat.
00:17Cohen berkata Israel tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya Iran kembali meneruskan program yang disipatkan sebagai ancaman kepada keselamatan
00:25serantau.
00:26Beliau juga mendakwa Iran berkemungkinan memperoleh senjata nuklear sekiranya Israel tidak bertindak menyerang program berkenaan sebelum ini.
00:33Menurutnya penilaian perisikan Israel mendapati serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat telah melambatkan program nuklear itu antara 2 hingga 4
00:41tahun.
00:42Tambahnya Israel kononnya telah membuktikan kemampuannya untuk melaksanakan operasi ketenteraan terhadap sasaran strategik di Iran.
00:50Kenyataan itu dibuat ketika ketegakan antara Israel, Iran dan Amerika Syarikat terus menjadi tumpuan komuniti antarabangsa.
Comments

Recommended