00:00Empat lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Isnin atas pertuduhan membunuh bulan lalu.
00:09Tertuduh Muhammad Ikram Muhammad Zaki, 29 tahun, Muhammad Bakri Mahidin, 37 tahun, adiknya Muhammad Darif Mahidin, 26 tahun dan seorang
00:19lagi Muhammad Firdaus Cik Mustafa, 36 tahun,
00:23mengangguk faham ketiga pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama pada jam lebih kurang 1.30 hingga 3
00:32petang
00:33semasa di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sungai Divisien Sungai Petani didakwa membunuh Muhammad Badarudin Mat Nayan, 30 tahun, pada
00:4223 Ogos lalu.
00:44Akibat perbuatan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34
00:54Kanun Keseksaan.
00:56Jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan jika
01:05tidak dihukum mati.
01:07Timbalan pendakwa raya Nur Hazwani Mat Nur tidak menawarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh.
01:12Mahkamah turut dimaklumkan Peguam Duratul Ain Mahmud Murshidi yang bertindak sebagai amicus curiai bahawa terdapat dua tertuduh memerlukan rawatan kesihatan
01:23iaitu Muhammad Ikram, pemegang kad orang kurang upaya OKU, fizikal, akibat kemalangan dan Muhammad Bakri memohon alat bantuan pernafasan kerana
01:33masalah asma.
01:34Majistret Nur Farah Hazwani Osman bagaimanapun mengarahkan kedua-dua tertuduh mendapatkan kebenaran dari pihak warden penjara
01:41sebaik sahaja ditempatkan di sana sekiranya memerlukan bantuan perubatan.
01:47Kes akan disebut semula pada 15 November depan bagi mendapatkan laporan kimia dan hasil bedah siasat.