Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Iran menegaskan akan terus mempertahankan kepentingannya berdepan sekatan Amerika Syarikat dengan menggabungkan pendekatan diplomasi dan pertahanan. Tehran turut menegaskan penguasaan ke atas Selat Hormuz ketika Washington mengekalkan tekanan dan sekatan maritim terhadap negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Iran menegaskan akan terus bertahan dalam berdepan sekatan Amerika Syarikat dan menggabungkan pendekatan diplomasi serta pertahanan bagi melindungi kepentingan
00:09Republik Islam itu.
00:10Menurut kerajaan Iran, Teheran tidak akan tunduk kepada sekatan yang disifatkan sebagai tidak adil walaupun berdepan tekanan ekonomi dan keselamatan
00:18yang berterusan.
00:22Kerajaan Iran menegaskan diplomasi dan keupayaan pertahanan akan terus digerakkan secara serentak bagi memastikan kepentingan negara itu terpelihara.
00:31Pihaknya turut menegaskan bahawa kedaulatan negara akan terus dipertahankan dalam apa jua keadaan sekalipun.
00:37Dalam perkembangan berkaitan, Korp Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa mereka masih menguasai silat hormus.
00:45IRGC mendakwa pemimpin Amerika Syarikat menyebarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai laluan perairan itu bagi mempengaruhi pasaran tenaga global.
00:55Sementara itu, White House menegaskan sekatan maritim Amerika Syarikat masih berkuatkuasa sepenuhnya.
01:00Selain itu, Washington menyatakan silat hormus kekal dibuka, bebas daripada periuk api dan tiada sebarang rundingan sedang berlangsung dengan Iran.
Comments

Recommended