Skip to playerSkip to main content
  • 7 weeks ago
Penghayatan menyeluruh terhadap objektif Rukun Negara penting bagi memperkukuh perpaduan rakyat dan menolak politik identiti yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penghayatan terhadap objektif rukun negara disifatkan sebagai kunci penting dalam memupuk perpaduan rakyat
00:06serta menangkis politik identiti yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.
00:11Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata pemahaman yang mendalam terhadap matlamat pembentukan rukun negara
00:18perlu diberi penekanan bukan sekadar menghafal prinsip-prinsipnya.
00:24Jelasnya kefahaman terhadap objektif rukun negara mampu membantu rakyat menghargai kepelbagaian dan mengelakkan perbezaan politik atau agama
00:33daripada dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
00:36Menurutnya, politik identiti yang berasaskan sentimen kaum dan agama boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
00:44Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan program Madani Kita bersama komuniti Ampang Jaya.
00:50Turut hadir Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yunus Warren Ramaraj, Adun Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Al-Hadad
00:57dan Adun Bukit Antarabangsa Muhammad Kamri Kamaruddin.
01:02Amiruddin menjelaskan pembacaan mukaddimah dan objektif rukun negara dalam majlis rasmi
01:06bukan bertujuan mengubah prinsip asal rukun negara.
01:10Sebaliknya, langkah itu diambil bagi mempopularkan semula nilai dan matlamat perpaduan yang menjadi asas pembentukan dokumen tersebut.
01:19Beliau menegaskan bahawa elemen perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
01:24merupakan objektif utama yang perlu terus difahami dan dihayati oleh semua pihak.

Recommended