Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menafikan laporan Wall Street Journal yang mendakwa beliau dinasihati oleh Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent agar tidak memecat Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell. Dalam satu hantaran di Truth Social, Trump menyifatkan laporan itu sebagai tidak benar dan mendakwa dirinya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk pasaran kewangan dan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan laporan Wall Street Journal WSJ yang mendakwa setiausaha perbendaharaan Scott Besson terpaksa campur tangan bagi menghalangnya memecat pengurusi Rizad Persekutuan Jerome Powell.
00:15Dalam satu hantaran di akaun terus sosial miliknya, Trump menyifatkan laporan WSJ sebagai tidak benar dan menegaskan bahawa beliau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk pasaran dan negara.
00:25Trump turut menyelar gelaran Powell sebagai Jerome Too Late Powell dan menggelarnya sebagai pengurusi Rizad Persekutuan terburuk dalam sejarah.
00:35Presiden Amerika Syarikat itu turut menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan penerangan daripada sesiapa kerana beliau sendiri yang memberi penjelasan kepada orang lain.
00:43Sebelum ini, Trump secara terbuka mengkritik Powell dan sekali lagi menggesa supaya kadar faedah diturunkan dalam kenyataannya pada Jumaat lalu.
00:51Laporan WSJ mendakwa Besson memainkan peranan penting dalam meyakinkan Trump untuk tidak memecat Powell bagi mengelakkan ketidak tentuan pasaran menjelang pilihan raya akan datang.

Recommended