Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon Ketua Hakim Negara ke-17 telah disembah maklum dan diperkenan lebih awal kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak ada pertukaran nama saat akhir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri memberitahu, nama Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini telah dikemukakan dan diperkenal oleh yang di Putan Agong lebih awal.
00:08Bukannya ditukar pada saat akhir seperti yang didakwa oleh sekelintir pihak.
00:12Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan pihak perkenaan sebagai tomahan yang tidak berasas,
00:18yang sengaja mahu mempolitikkan isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
00:25Saya tengok, seminggu negara diriuhkan dengan perarakan, dengan kecaman, dengan bahawa sistem itu telah dirusakkan,
00:39orang-orang tentu itu mahu dinaikkan, dipolitikkan. Seminggu.
00:45Mereka kata sebab apa? Pemerintah tak jawab. Mana mungkin saya jawab.
00:48Sebab isu itu, sementara melalui isu Johan Jaya, penantikan perkhidmatan kehakiman SPK ataupun GAC,
00:59dia juga memerlukan untuk sadangan Perdana Menteri 122B dalam perlembagaan,
01:06dirojok kepada Barulia Mahmulia yang dipertuan Agong untuk diperkenal.
01:11dan kemudian dirunding dengan majlis raja-raja.
01:19Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.
01:28Anwar berkata nama calon ketua hakim negara dan pelantikan lain seperti hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan telah dikemukakan lebih awal.
01:35namun proses hanya dapat dimuktamadkan selepas majlis raja-raja bersidang pada 15 dan 16 Julai lepas.
01:43Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Saleh, dilantik sebagai ketua hakim negara ke-17 dan akan mengangkat sumpah pada 28 Julai ini.
01:52Sementara itu, hakim mahkamah persekutuan, Datuk Abu Bakar Jaiz, dilantik sebagai presiden mahkamah rayuan,
01:58manakala hakim mahkamah rayuan, Datuk Azizah Nawawi, dilantik menggantikan hakim besar Sabah dan Sarawak yang akan bersara.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended