00:00Jabatan Imigresen Malaysia perlu memperkasakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI dalam usaha meningkatkan kecepatan dan ketepatan sistem penyampaian jabatan tersebut.
00:11Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia termasuk menghantar para pegawai menjalani program khas di universiti tempatan bagi mengikuti pendedahan intensif dan latihan asas berkaitan AI.
00:24Katanya menerima pakai AI adalah penting agar jabatan kekal berdaya saing dan relevan.
00:32Maksud Imigresen Embrace AI. Yang pertama, beritahu dengan bahagian sumber manusia, hantar dulu bash by bash pegawai imigresen ke fakulti-fakulti universiti tempatan UKM.
00:54UITM misalnya, beri mereka pelepasan untuk satu minggu, dua minggu, perkenalkan dengan pengetahuan tentang AI.
01:06Develop skill untuk ada kemahiran bagi menggunakan AI tools yang sedang berkembang dengan pantas saban hari.
01:17Beliau berucap ketika merasmikan sambutan hari Imigresen ke-103 bertemakan AI meneraju reformasi Imigresen di Putrajaya pada Isnin.
01:28Katanya lagi penggunaan AI dalam sistem penyampaian kerajaan mesti disertai dengan penanda aras yang jelas untuk memastikan keberkesanannya.
01:35Antara kayu ukur utama termasuk peningkatan produktiviti pegawai, penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan serta peningkatan hasil kutipan kerajaan.
01:46Sementara itu dalam majlis yang sama, Saifuddin terut merasmikan pelancaran sistem MyVisa 2.0 yang akan mula digunakan pada 1 Ogos depan.
01:57MyVisa 2.0 merupakan penambahbaikan ke atas sistem MyVisa yang telah diperkenalkan oleh Imigresen pada 1 Disember 2021.
02:04Terima kasih kerana menonton!
Comments