00:00Teguh kawan lagi susah daripada teguh lawan. Demikian jelas Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafi Ziramli yang berpandangan, ujian sebenar bagi seseorang pemimpin ialah keberanian serta konsistensi menegur akan dalam parti dan kerajaan, bukannya kelantangan terhadap lawan politik.
00:18Bekas timbalan Presiden PKR itu turut mengakui beliau kini menerima kritikan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin PKR dan PAS, susulan pandangan terhadap beberapa isu.
00:32Teguh kawan lagi susah daripada tegur lawan.
00:36Semua tak puas hati dengan saya sekarang ni. Yang dalam kepimpinan PKR, bila saya bagi pandangan, ramai yang kepanasan.
00:50Setusak agung, Fuziah Saleh siap keluar memo lagi. Konon bila kami bangkit isu badan kehakiman, itu sama macam hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.
01:02Yang dalam PAS, bila saya usik pasal pendirian mereka yang berubah-ubah, pun pakat serang ramai-ramai.
01:12Beliau berkata demikian menerusi satu klip video yang dimuat naik di media sosial peribadinya pada Isnin.
01:17Rafizi juga menyifatkan PKR dan PAS mempunyai persamaan iaitu sering mempersoal kenapa sesuatu pandangan tidak dilontar ketika seseorang pengkritik itu berada dalam kerajaan.
01:28Beliau percaya pimpinan PAS juga pernah berdepan situasi sama ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.
Comments