Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki warga asing yang memandu kereta mewah tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan tamat tempoh selain tidak memiliki lesen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah kenderaan mewah jenama Rolls-Royce Kalinan bernilai lebih RM3 juta dipercayai milik seorang ahli perniagaan terkenal antara 53 kenderaan pelbagai jenama yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dalam Op Luxury di sekitar Lembah Kelang bermula Rabu Lepas hingga Jumaat.
00:20Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Muhammad Kifli Mahassan berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki warga asing yang memandu kereta mewah tanpa perlindungan insurans dan cukai jalan tamat tempoh selain tidak memiliki lesen.
00:38Menurutnya seorang daripada yang ditahan ketika diminta menunjukkan lesen memandu mengeluarkan lesen memandu antarabangsa yang setelah diperiksa didapati palsu.
00:46Lelaki terbabit kemudian mengaku membeli lesen palsu itu ketika berada di luar negara ini.
00:52Selain cukai jalan dan insurans tamat tempoh, kenderaan mewah disita turut didapati melakukan kesalahan mempamirkan nombor kenderaan yang belum didaftarkan dan kesalahan teknikal lain.
01:02Sebuah kenderaan itu antaranya melibatkan sebuah kereta Rolls-Royce Kalinan, dua kereta jenis Lamborghini dan sebuah Ashton Martin kini ditahan di depo simpanan JPJ.
01:12Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan-peraturan berkaitan.
01:18Beliau berkata rata-rata pemilik kereta mewah tersebut memberikan alasan terlupa untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan masing-masing.
01:25Sehubungan itu beliau mengingatkan pemilik kenderaan segera memperbaharui cukai jalan sebelum tindakan sitaan diambil kerana JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Recommended