00:00Taktik Flying Passport yang dipercayai digunakan seorang lelaki warga Indonesia bagi menggaburi pergerakan dari Malaysia terbongkar apabila dia ditahan di Balai Perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA Terminal 2 pada Sabtu.
00:16Lelaki berusia 33 tahun dikesan memiliki beberapa cap keselamatan mencurigakan yang dipercayai dipalsukan melalui sindiket Flying Passport iaitu kaedah memalsukan cap imigresen tanpa kehadiran pemilik di kaunter pemeriksaan rasmi.
00:32Agensi Kawalan dan Perlindungan Sepadan Malaysia, AKPS dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan ketika melalui pemeriksaan imigresen sekitar jam 6.30 petang apabila pegawai mendapati cap keselamatan pada pasportnya tidak sepadan dengan rekod rasmi.
00:49Selesaian awal mendapati lelaki terbabit memasuki Malaysia melalui pintu masuk Pasir Gudang Johor pada 18 Julai 2022 dan direkodkan keluar dari negara ini pada 13 Ogos tahun sama.
01:02Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi cap keluar dan masuk atas nama lelaki itu bermula tahun 2022 hingga tahun ini yang menimbulkan keraguan kerana tiada sebarang rekod pergerakan dalam sistem imigresen Malaysia.
01:16Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mengaku membayar RM4,000 bagi mendapatkan cap keselamatan palsu tanpa perlu melalui pemeriksaan di pintu sepadan.
01:26AKPS menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan mendalam untuk mengenalpasti dalam sindiket yang melakukan pemalsuan cap keselamatan itu.
01:34Terima kasih kerana menonton!