• 6 minutes ago
Seorang lelaki tempatan ditahan selepas memandu Toyota Hilux melawan arus di Jalan Raja Laut, ibu negara, awal pagi, pada Jumaat, sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri daripada sekumpulan penunggang motosikal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki tempatan ditahan selepas memandu Toyota Hilux melawan arus di Jalan Raja Laut Ibu Negara awal pagi pada Jumaat
00:08sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri daripada sekumpulan penunggang motosikal.
00:15Timbalan Ketua Jebatan Siasatan dan Penguasaan Grafik Kuala Lumpur, Superintenden Sufian Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.47 pagi
00:24ketika lelaki berusia 33 tahun itu memandu dari arah Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan 1 Struk 64D.
00:34Beliau berkata sekumpulan penunggang motosikal kemudian mengejar kenderaan berkenaan, malakala beberapa individu dipercayai memukul kenderaan itu menggunakan topi keledar.
00:44Berdasarkan keterangan awal, pemandu dipercayai panik dan hilang kawalan ketika cuba melarikan diri sebelum kenderaannya melanggar sebuah motosikal dan terbabas
00:53lalu merempuh pembahagi jalan.
00:55Pemandu mengalami lebam pada muka, badan dan tangan.
00:59Sufian berkata ujian saringan alkohol menggunakan alat SD2 Plus mendapati pemandu tidak mempunyai kandungan alkohol dengan bacaan sifar miligram bagi
01:08setiap 100 mililiter.
01:09Malakala ujian saringan air kencing turut menunjukkan keputusan negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan
01:17Jalan 1987.
01:19Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Ton H.
01:28S. Lee menerusi talian 03-2071-9999 atau mana-mana Balai Polis Berhampiran.

Recommended