• 6 minutes ago
Isu buli siber, jurang pendidikan dan tekanan akademik antara perkara yang dibangkitkan golongan muda dalam usaha memastikan hak serta kebajikan kanak-kanak terus dilindungi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu buli, tekanan akademik dan jurang pendidikan antara bandar dengan luar bandar, antara cabaran yang perlu diberi perhatian bagi memastikan
00:09hak serta kebajikan kanak-kanak dapat dibela.
00:12Ahli Kumpulan Penasihat Muda UNICEF, Emila Ezwa berkata, kanak-kanak di pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak masih berdepan kekangan mendapatkan
00:21akses pendidikan dan teknologi seperti yang dinikmati pelajar di bandar.
00:29Sebenarnya mereka ini ada masalah tentang bagaimana mereka ini duduk di dalam satu kelompok yang tidak berevolusi, yang teknologinya hanya
00:38di setakat itu sahaja.
00:40Jadi apabila mereka tinggal di kawasan-kawasan seperti ini, mereka ada kecenderungan untuk berfikir bahawa pendidikan ataupun akses kepada teknologi
00:48ini adalah perkara yang tidak penting pun.
00:50Apa yang penting kepada mereka adalah kelangsungan hidup.
00:53Beliau turut menegaskan penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan AI perlu disimbangkan dengan nilai kemanusiaan, manakala kesedaran mengenai hak kanak-kanak
01:03dan saluran aduan perlu dipertingkatkan bagi membantu menangani masalah buli.
01:08Sementara itu seorang lagi ahli Kumpulan Penasihat Muda UNICEF, Iz Yamin berkata, perbuatan buli sering dianggap sebagai kurawan perlu dipandang
01:17serius kerana boleh menjejaskan emosi dan hubungan sesama rakan.
01:21Jika kita memperketatkan undang-undang buli ini, saya berharap masalah ini dapat dirungkai.
01:30Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak terlalu menumpukan pencapaian akademi sehingga mengabaikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak.
01:38Kedua-dua mereka berkongsi pandangan dalam dialog anak muda pada Jumaat.
01:43Kita perlu berkongsi pandangan dalam dialog anak muda pada Jumaat.

Recommended