00:107 Anggota dan Pegawai Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM telah ditahan bagi membantu siasatan.
00:16Susulan penemuan 96.6kg disyaki dadah di Pangkalan Udara Subang selasa lalu.
00:24Datuk Ismail Lasim perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Adun
00:30bagi membolehkannya kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
00:36Selangor perlu bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi fenomena air pasang besar
00:41yang diramalkan berlaku bermula Isnin hingga Jumaat depan terutama sekiranya bertembung dengan taburan hujan lebat.
00:49Kerajaan memperkukuh kesiap siagaan sektor keterjaminan makanan termasuk pengurusan empangan
00:54dalam berdepan fenomena El Niño bagi memastikan bekalan asas negara kekal terjamin.
01:01Pakatan Harapan PH mahu baki pemberian khas interim RM900 juta kepada Sabah dibayar kepada Kerajaan Negeri
01:09sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri Dunsabah yang dijadual bermula 4 Disember depan.
01:16Kementerian Dalam Negeri KDN merancang memperluaskan penggunaan bekas KEM Program Latihan Hidmat Negara PLKN
01:24sebagai penjara kluster dadah, penjara satelit dan pusat reintegrasi
01:28bagi mengatasi isu kesesakan penjara di negara ini.
01:33Kemudahan pengecualian visa selama 30 hari untuk warga negara India yang melawat Malaysia
01:38akan ditamatkan pada 31 Disember ini.
01:43Harga minyak meningkat sedikit pada Jumaat selepas dagangan tidak menentu pada sesi sebelumnya
01:49namun kekal di landasan penurunan untuk minggu ketiga berturut-turut.
01:55Sebuah menara pusat kewangan di Riyadh Arab Saudi dilaporkan mengalami kerosakan
02:00akibat serangan yang didakwa dilancarkan oleh kumpulan Houthi.
02:05Hampir suku daripada kanak-kanak di seluruh dunia kini tinggal di zon konflik
02:10iaitu kadar tertinggi sejak statistik mula direkodkan pada 1990-an.
02:23selamat menikmati
02:26Terima kasih kerana menonton