00:00Lima calon peperiksaan kemasukan Universiti Tahunan Korea Selatan dikesan meniru menggunakan peranti pintar,
00:07antaranya termasuk seorang yang menggunakan cermin mata pintar,
00:11manakala seorang lagi memiliki kamera mini dan phone kelinga tanpa wayar.
00:18Kementerian Pendidikan Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata,
00:22kes berkenaan antara 98 pelanggaran peraturan yang dikesan sepanjang pelaksanaan ujian keupayaan Akademik Kolej atau CSAT.
00:31Timbalan Menteri Pendidikan mengumumkan angka awal itu selepas peperiksaan berkenaan selesai.
00:37Daripada lima kes membabitkan penggunaan peranti pintar,
00:41seorang calon di wilayah Cheongcheong Selatan ditangkap menggunakan cermin mata pintar.
00:46Seorang lagi calon di wilayah Cheongcheong pula didapati memiliki kamera mini dan phone kelinga tanpa wayar.
00:53Di Seoul, seorang calon dikesan mengambil gambar kertas soalan menggunakan telefon pintar,
00:58manakala dua lagi calon, masing-masing di Seoul dan Cheongcheong ditangkap menggunakan telefon pintar di tandas.
01:06Kementerian itu berkata, seramai 44 calon dikesan memiliki telefon pintar atau peranti elektronik lain,
01:12termasuk dua yang dikenalpasti menerusi pemantauan isyarat wifi di Seoul.
01:19Kerajaan meningkatkan pemeriksaan pada tahun 2026,
01:22susulan kebimbangan terhadap kegiatan meniru menggunakan bantuan kecerdasan buatan AI.
01:28Ini khususnya dilakukan menerusi cermin mata pintar dan peranti elektronik bersaiz kecil
01:33yang sukar dikesan pengawas peperiksaan.
01:36Langkah itu diambil selepas calon yang memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan kelayakan akaunten cukai kebangsaan
01:44mengakui menggunakan AI ketika menduduki peperiksaan.