• 10 minutes ago
Sebanyak 46,426 pendatang asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sepanjang 12,471 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara sejak Januari hingga Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 46,424 pendatang asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sepanjang 12,471 operasi pengekosaan yang telah senakan Jabatan Imigresen
00:13Malaysia Jim di seluruh negara sejak Januari hingga Jumaat.
00:17Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jim Dato' Lokman Effendi Ramli berkata, operasi itu terus membabitkan pemeriksaan terhadap 161,748 individu selain
00:29tindakan diambil terhadap lebih 2,000 majikan yang melanggar undang-undang.
00:36Katanya sebanyak 52,743 warga asing sudah diusir pulang ke negara asal.
00:41Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai obsasar di sebuah kilang di Meru di Kelang pada Jumaat.
00:49Sebelum itu, Lokman Effendi bersama pengarah bahagian penguatkuasaan JIM Dato' Basri Ottoman menyertai obsasar di sebuah kilang memproses Paku di
00:57Meru bermula pada 6 petang dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia JTKSM.
01:03Beliau berkata 131 warga asing lelaki diperiksa dalam operasi itu dengan 71 daripadanya ditahan membabitkan 51 warga Bangladesh, 19 warga
01:14Nepal dan seorang warga Taiwan atas kesalahan tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
01:23Menurut Lokman Effendi, pemeriksaan teruk mendedahkan keadaan premis yang kotor dan tidak terurus termasuk penempatan pekerja yang padat serta tidak
01:31mematuhi spesifikasi keselamatan, manakala semua tahanan dibawa ke depoh tahanan JIM untuk tindakan lanjut.
01:38Sementara itu, Lokman Effendi berkata sebanyak 1,702 warga asing daripada 34 kilang telah diperiksa di seluruh negara sejak Rabu
01:47lepas dengan 519 orang ditahan serta 42 borang saman saksi dikeluarkan kepada majikan dan pemilik premis.
01:55JTKSM terus menjalankan siasatan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, Kurungan Akta 446 serta Akta Kerja
02:051955.
Comments

Recommended