00:00Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil menyifatkan Allahyarham Ros Arifin sebagai komposer yang berbakat besar dan mampu menghasilkan karya yang unik.
00:11Beliau juga terkilan kerana tidak sempat melibatkan Allahyarham dalam projek seni kerajaan termasuk lagu Sempena Hari Kebangsaan.
00:19Saya sedih sebab hasrat awal saya, saya nak cuba libatkan beliau untuk membantu menghasilkan beberapa lagu Sempena Hari Kebangsaan sebagai contoh.
00:33Tapi tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan dan kita usahakan saya dengan pasukan kami dapatkan satu piano untuk beliau boleh bermain.
00:47kerana kita lihat bila walaupun selepas beberapa kali serangan strok, serangan angin ahmar, masih gigih untuk sama ada bermain muzik ataupun setidak-tidaknya saya lihat muzik itu seolah-olah nafas bagi beliau.
01:10Beliau yang memanggilnya Uncle Ross menyifatkan pemergian itu sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air.
01:17Dalam masa sama, beliau akan berusaha mengesan semula karya yang pernah dihasilkan Allahyarham termasuk yang dihasilkan selepas pertemuan dua tahun lalu.
01:26Mungkin kita cuba cari balik dan kita usahakan satu untuk lengkapkan lagu yang telah beliau mulakan.
01:34Saya ingat lagi, beliau kata, it's in my head, it's in my head.
01:38Lagu yang beliau nak sediakan untuk yang saya harapkan untuk Hari Kebangsaan.
01:44Jadi, memberi satu pengiktirafan.
01:47Allahyarham Ros Arifin atau nama penuhnya Roslan Arifin Jamil menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 petang pada Sabtu di Hospital Tengku Pemaisuri Norasyikin Kajang.
01:58Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkebunan Islam, Sungai Kantan, Kajang.
02:02Selamat menikmati.
02:03Selamat menikmati.