00:00Pahang mencatatkan jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion setakat Jun 2025.
00:11Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail jumlah itu mengatasi Terengganu yang merekodkan pelaburan berjumlah RM1.3 bilion dan Kelantan RM1.1 bilion.
00:23Dalam tempoh sama, Pahang juga merekodkan pelaburan komited bernilai RM3.5 bilion sekaligus membuktikan keyakinan tinggi pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan iklim pelaburan yang kondusif di negara ini.
00:39Tambah Wan Rosdi, pelaburan ini turut mengukuhkan kedudukan ekonomi Pahang terutamanya dalam sektor strategik seperti pembuatan, minyak dan gas serta pelancongan yang terus berkembang sebagai pemacu utama pertumbuhan negeri.
00:53Sementara itu, Wan Rosdi berkata, Pahang mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar sebanyak 5.7% pada 2024.
01:03Sekaligus mengatasi perwatan nasional iaitu 5.1% dengan nilai RM68.7 bilion.
01:10Beliau berkata kejayaan itu membuktikan bahawa kestabilan politik, dasar yang konsisten, pembangunan infrastruktur modern serta ekosistem pelaburan yang mesra dan efisien menjadi pemangkin utama kemanjuan negeri.