00:00Pasukan bomba di Kharkiv berjaya memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan drone Rusia ke atas sebuah bangunan pejabat pada Jumaat.
00:09Kebakaran itu dilaporkan berlaku di sebuah bangunan empat tingkat yang terletak di daerah Saltivski sekaligus menyebabkan dua individu cedera.
00:20Dalam pada itu, perkhidmatan kecemasan turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan kota bomba sedang berusaha memadamkan api di lokasi kejadian.
00:28Minggu lalu, Rusia mendakwa berjaya menyerang bengkel pengeluaran drone dan pusat kawalan drone jarak jauh Ukraine.
00:35Manakala Ukraine pula melaporkan pihaknya berjaya memusnahkan kemudahan minyak di dalam wilayah Rusia.
00:41Kementerian Pertahanan Rusia dalam laporan hariannya berkata tenteranya telah menawan satu lagi penempatan di wilayah Donetsk, Timur Ukraine.
00:48Dalam pada itu, Ketua Terus Angkatan Tentera Ukraine maklumkan beberapa sasaran di dalam wilayah Rusia turut diserang termasuk sebuah logi penapisan minyak dan kemudahan simpanan minyak.