Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Bersama peguam kepada keluarga allahyarham Zara Qairina Mahathir bagi mengetahui perkembangan terbaharu siasatan kematian Zara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan untuk waktu ini kita akan cuba dapatkan perkembangan terbaru, siasatan kes kematian Zara Khairina.
00:06Kita terus saja bersama dengan peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Khairina Mahathir iaitu Tuan Hamid Ismail.
00:12Assalamualaikum Tuan Hamid.
00:14Waalaikumsalam.
00:16Baik Tuan mungkin boleh kongsikan ya apa yang kita perlu tahu mengenai proses penggalian kubur Allahyarham petang tadi dan adakah Tuan berada di lokasi dan siapa lagi yang diberi akses oleh pihak polis berada di sana tadi Tuan?
00:27Permohonan menggali kubur dibuat di Balai Polis Papar jam 3 tadi dibenarkan kemudian kami telah bergerak ke Sipitang berkuburan dan yang berada di sana dia benarkan akses cuma orang tertentu saja iaitu magistrate, ibu, Zara, saya dan tim saya, wakil Jabatan Agama Islam Sabah dan juga Jabatan Mufti di Sabah serta forensik.
00:57Baik Tuan mungkin Tuan boleh kongsikan juga bagaimana boleh kita fahami proses yang akan dilakukan selepas daripada proses penggalian ini berakhir tadi Tuan?
01:07Ya selepas buat masa ini Lori membawa jenazah pergi ke Hospital Queen Elizabeth I.
01:15Di sana dia akan malam ini mereka akan buat CT scan.
01:18Kemudian pada besok pagi post mortem akan dibuat jam lebih kurang 9 pagi.
01:23Dan jangkaan hasil daripada keputusan bedah siasat itu Tuan bagaimana boleh kita jangkakan bila keputusan itu akan dapat kita perolehi?
01:34Itu terperang kepada pakar jurubedah nanti.
01:38Yang dia pun ada tadi.
01:42Dan Tuan mungkin boleh kongsikan sedikit Tuan berada di lokasi saya difahamkan.
01:47Jadi bagaimana dengan cabaran disebalik dengan cuaca hujan lebat seperti tadi Tuan?
01:51Oh memang lebat tapi apabila proses itu bermula beberapa minit sebelum permulaan penggalian hujan telah mula menjadi renyai-renyai keadaan sangat orang kata sangat baik lah tidak ada masalah semua berjalan lancar.
02:10Dan Tuan yang terakhir bagi pihak keluarga sendiri Tuan ya bagaimana proses penggalian semula kubur ini dan bagaimana pengharapan terhadap jaminan dari pihak berkuasa termasuk Perdana Menteri supaya memberikan harapan untuk siasatan ini dapat dilakukan dengan lebih telus Tuan?
02:29Kami yakin dengan pihak polis, pihak DC kami yakin mereka akan membuat kerja yang baik.
02:34Cuma dalam kes ini bermula kerana kelemahan ataupun kesilapan di bagian awal iaitu apabila tidak ada post-mortem dilakukan, pakaian tidak diambil.
02:45Di sana ada kesilapan tetapi saya lihat pihak polis pun bekerjasama baik dengan Cami dalam kes ini dan saya yakin keadilan akan tertegak bagi adil Zara.
02:55Baik, terima kasih Tuan Hamid Ismaili merupakan peguam kepada keluarga oleh Arham Zara Khairina Mahadir atas perkongsian tersebut dan pastinya kami di Esrawani.
03:04akan terus membawakan perkembangan dari masa ke semasa dan segala perkembangan terkini akan terus kami kongsikan di Esrawani.com dan di semua platform Esrawani.

Recommended