00:00Empat rakyat Malaysia antara 79 individu yang ditahan disyaki terlibat dengan kesalahan dadah dalam operasi anti-dadah di seluruh Singapura dari 4 hingga 8 Ogos ini.
00:12Biro Narkotik Pusat CNB Singapura memaklumkan operasi itu turut dengan rampasan dadah dianggarkan bernilai lebih $470,000 Singapura.
00:23Agensi itu memaklumkan sejumlah lebih 3 kg heroin dan beberapa lagi dadah lain seperti syabu, ganja, pil ekstasi dan ermine 5 dirampas dalam operasi 5 hari itu.
00:37CNB memaklumkan seorang lelaki warga Malaysia berumur 25 tahun ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos kerana cuba menyeludup dadah ke Singapura menggunakan kereta berdaftar Malaysia.
00:49Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan beberapa bungkusan biskut yang disyaki mengandungi dadah terkawal di tempat duduk penumpang belakang.
01:00Bungkusan biskut itu mengandungi kira-kira 2,033 gram heroin dan 731 gram syabu.
01:06Pada 6 Ogos, pegawai CNB menahan seorang lelaki dan wanita warga Malaysia berumur 39 dan 43 tahun bersama seorang lelaki warga Singapura kerana disyaki melakukan kesalahan dadah, susulak operasi di sekitar Jurong West dan Henderson Road.
01:23Lelaki warga Malaysia itu didapati memiliki 60 gram syabu dan beberapa kad kunci sebuah hotel di kawasan Gelang.
01:31Pemeriksaan di bilik hotel itu menemukan sejumlah 1,421 gram heroin, 62 gram syabu dan pelbagai peralatan dadah.
01:40Menurut CNB, pada hari yang sama operasi kedua dilancarkan di sekitar Tempenis yang membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Malaysia berumur 28 tahun.