• 1 year ago
Pembukaan semula itu dibuat selepas penutupan selama 10 hari susulan kemalangan mendaki yang meragut nyawa dan satu lagi insiden melibatkan pendaki asing yang cedera.
Transcript
00:00Semua laluan mendaki di Gunung Rinjani dibuka semula pada Isnin dengan langkah keselamatan dipertingkat dan sistem pengurusan dinaik taraf.
00:10Pembukaan semula itu dibuat selepas penutupan selama 10 hari susulan kemalangan mendaki yang meragut nyawa dan satu lagi insiden melibatkan pendaki asing yang cedera.
00:21Menurut pihak Taman Negara Gunung Rinjani, keputusan pembukaan semula itu dibuat selepas penilaian intensif dan penambahbaikan terhadap semua laluan serta prosedur pengurusan pendakian bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengunjung.
00:38Enam destinasi pendakian dibuka semula termasuk satu laluan yang sebelum ini rosak tetapi kini telah dibaiki.
00:45Laluan mendaki di kawasan ini telah diperbaiki untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengunjung.
00:50TNGR juga mewajibkan pendaki memberi tiket secara dalam talian melalui aplikasi rasmi.
00:57Langkah ini bertujuan mengawal kuota pendakian dan memudahkan pengawasan.
01:01Pendilaian berkala akan dijalankan untuk memastikan peraturan baru ini berkesan.

Recommended