• 1 year ago
UMK bertindak mengembangkan teknologi kitar semula khususnya dalam menguruskan sisa pepejal ke sekolah-sekolah tempatan.
Transcript
00:00Teknologi dan inovasi kita semula khususnya dalam melaksanakan pengurusan sisa buangan amat berguna dan sangat dititik beratkan ketika ini.
00:09Bertitik tolak daripada itu, pihak Universiti Malaysia Kelantan UMK menambah baik teknologi dan inovasi berkenaan kepada pelajar sekolah sekaligus membolehkan mereka amalkan pula dalam kehidupan seharian.
00:20Dalam hal ini, UMK memperoleh grant pembiayaan daripada UNESCO untuk bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Mesti, mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang kepentingan pengurusan sisa buangan serta kita semula.
00:38Mengambil contoh, sisa buangan minyak masak yang diguna seharian, ia merupakan bahan yang boleh dikita semula menjadi bahan kegunaan di rumah dan tidak dibuang di merata-rata tempat sehingga mengundang masalah pencemaran pula.
00:52Sedang dalam program untuk pengurusan sisa minyak masak terpakai secara lestari, USMAT yang kita dapat grant ataupun pembiayaan daripada UNESCO.
01:08Jadi, kita telah menjalankan aktiviti ini untuk memberi kesedaran STEM kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kelantan, Kota Baru dan Celi.
01:20Jadi, program ini adalah di mana kita memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar bagaimana sisa-sisa minyak masak ini sebenarnya boleh digunakan semula untuk dijadikan produk lain ataupun dalam kata lain sekelah ekonomi
01:36di mana kita memproses ataupun menapis kembali minyak masak yang telah digunakan itu untuk kita jadikan bahan-bahan yang berguna dalam kehidupan kita sehari-hari
01:48seperti sabun, lilin dan kalau kita boleh kembangkan lagi, kita boleh juga gunakan minyak masak ini kepada minyak kapal terbang.
02:00Katanya, teknik memproses minyak masak buangan itu diajar kepada pelajar supaya mereka dapat melakukannya di rumah atau di sekolah sekaligus dapat menjadi pendapatan untuk tabung sekolah dan sebagainya.
02:15Seramai 200 pelajar sekolah menengah terpilih menyertai program kali ini.

Recommended