00:00Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia MTSB iaitu badan khas yang berfungsi menyiasat kemalangan jalan raya di negara ini.
00:12Menteri Pengangkutan Anthony Locke berkata ini susulan syur yang dikemukakan pasukan petugas khas yang ditubuhkan kementerian bagi menyiasat kemalangan maut melibatkan anggota pasukan simpanan Persekutuan FRU di Teluk Intan dan kemalangan bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik Perak.
00:33Untuk maklumat yang berhormat, back to the question. Berkenaan dengan soalan berkenaan dengan penubuhan MTSB. Betul, tahun 2018 saya cakap pernah menyatakan ada cadangan penubuhan MTSB tetapi ketika itu selepas saya tak jadi Menteri 22 bulan cadangan itu pun dah tak jadi.
00:53Dan memang sekarang ini saya lihat balik dan kita sedang merangka dasar untuk penubuhan MTSB ini. Dan untuk maklumat yang berhormat memang sedang dipertimbangkan di peringkat kementerian tetapi untuk menubuhkan satu badan baru, satu agensi baru, bukan yang mudah ada juga rakan-rakan kat sana yang pernah menjadi menteri.
01:11dia tahu ada banyak proses, proses yang panjang. Yang pertama kita kena buat kertas jemang menteri, memorandum jemang menteri untuk bawa balik kepada kabinet untuk mendapat kerurusan dasar.
01:22Kerurusan dasar ini perlu sokongan daripada pelbagai pihak kerana nak menubuhkan satu MTSB sudah tentu ada satu birokrasi yang baru, ada satu agensi baru, ada perjawatan baru dan sebagainya.
01:33Jadi ada implikasi kewangan, implikasi perjawatan, implikasi sumber manusia dan sebagainya.
01:38Jadi selepas kita bawa kepada kabinet kalau dapat kerurusan dasar, baru kita perlu wujudkan satu jawatan kuasa kerja untuk melihat setiap perinciannya dan baru kita boleh draft rang undang-undang tersebut dan perlu bawa ke parlimen untuk diluluskan.
01:57Beliau menjawab soalan tambahan Khairul Nizam Kiruddin, PN Jerantut mengenai jaminan kerajaan dalam melaksanakan syur pasukan petugas khas khususnya berkenaan penubuhan MTSB.
02:09Sementara itu, Luk berkata kementerian akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi memertabatkan profesyen pemandu termasuk menerusi latihan bagi melahirkan pemandu lebih kompeten dan profesional.
02:20Terima kasih kerana menonton!
02:22Terima kasih kerana menonton!