• 1 year ago
Datuk Norman Abdul Halim tampil menjernihkan kekeliruan berhubung laporan media semalam yang mendakwa Konsert GenKRU di Pulau Pinang telah dibatalkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli KRU Datuk Norman Abdul Halim tampil menjernihkan kekeliruan berhubung laporan media pada Selasa yang mendakwa konsert Gen Kru di Pulau Pinang telah dibatalkan.
00:12Menerusi penjelasan kepada Isra Awani, Norman menegaskan pihaknya tidak pernah mengumumkan atau menjual tiket bagi konsert Gen Kru di Pulau Pinang atau di mana-mana negeri lain selepas persembahan mereka di Agziata Arena Kuala Lumpur baru-baru ini.
00:28Jadi saya nak mengumumkan di sini sebenarnya KRU tidak pernah mengumumkan tentang kewujudan konsert tersebut ataupun melancarkan tiket konsert di Pulau Pinang ataupun di mana-mana negeri.
00:39Sebenarnya apa yang berlaku ialah kami mempunyai hasrat untuk membuat konsert Gen Kru di beberapa buah negeri namun apabila kita lihat dari segi kajian teknikal dan juga apa yang boleh dibuat kami merasakan hasrat itu yang sebenarnya dibatalkan.
00:56Bukannya hasrat untuk mengadakan konsert di Pulau Pinang, hasrat untuk mengadakan konsert Gen Kru, jenama Gen Kru di Pulau Pinang.
01:04Ujarnya keputusan itu dibuat selepas pihak KRU mendapati konsep dan tahap produksi yang dipersembahkan di Agziata Arena tidak dapat direalisasikan sepenuhnya di venue lain.
01:15Justeru Norman berkata konsert Gen Kru di Agziata Arena telah dirakam dan akan disiarkan pada masa akan datang sebagai hadiah kepada peminat yang tidak berkesempatan hadir.
01:27Tambahnya pihaknya sedang meneliti format dan kandungan persembahan untuk konsert di luar Kuala Lumpur tetapi dengan jenama berbeza.
01:33Media pada selasa melaporkan konsert Gen Kru di Pulau Pinang tujung bulan dibatalkan atas prinsip menjaga kualiti dan impak mega di cipta siri konsert mereka di Kuala Lumpur sebelum ini yang disifatkan sebagai satu penanda aras sangat tinggi.

Recommended