Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jabatan Imigresen menahan 19 warga asing dalam operasi khas membongkar sindiket pemalsuan slip e-PLKS yang berselindung di sebalik kedai runcit dan telefon.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Imigresen JIM membongkar kegiatan pemalsuan dokumen yang berselindung di sebalik kedai runcit dan telefon menerusi penahanan 19 warga asing dalam operasi khas di sekitar Taman Maluri, Kuala Lumpur pada isteri lalu.
00:14Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Sya'aban berkata dalam operasi pada 8.30 malam, pihaknya berjaya menahan 16 lelaki warga Bangladesh dan 3 lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun.
00:30Dalam kenyataan pada Rabu, kesemua mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengubah suai dan mencetak slip EPLKS iaitu paselawatan kerja sementara.
00:41Mereka menyasarkan warga Bangladesh dan Myanmar yang berada di Lembah Kelang. Tambahnya kegiatan ini berselindung di sebalik kedai membaiki telefon dan kedai runcit bagi mengaburi pihak berkuasa.
00:52Kada bayaran dikenakan adalah sebanyak RM100 untuk mencetak slip EPLKS diubah suai mengikut pasport pemiliknya yang disyaki tidak memiliki pas yang sah.
01:04Sindiket itu dipercayai beroperasi selama setahun dan semakan awal mendapati 2 daripada lelaki warga Bangladesh ditahan tinggal lebih masa.
01:13Jelasnya seramai 14 lelaki warga negara Bangladesh dan 3 lelaki warga negara Myanmar tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
01:24Beliau berkata JIM menyita wang tunai berjumlah RM11,357 yang disyaki hasil daripada aktiviti haram, slip EPLKS, 3 naskah pasport Bangladesh dan 3 unit komputer riba.
01:39Kesemua ditahan dibawa ke depo imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended