Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Sekolah, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup serta-merta apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing melebihi 200, ketika beberapa stesen pemantauan di Sarawak kini menghampiri tahap berbahaya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peduduk Sarawak dijangka terus berdepan jerebu untuk tempoh seminggu atau lebih selagi kebakaran di Kalimantan belum dipadamkan dan tiupan angin
00:10barat daya kekal berterusan.
00:13Timbalan Ketua Pengarah Operasi MED Malaysia, Ambon Dindang pada Selasa berkata, keadaan itu dipengaruhi dua faktor utama iaitu kebakaran dan
00:22arah tiupan angin.
00:24Malah taburan hujan di negara ini hanya mampu mengurangkan kesan jerebu buat sementara.
00:32Okey, hujan yang turun di negara kita hanya boleh membantu secara sementara.
00:37Ia boleh memendapkan zarah-zarah terampai tersebut dan boleh mengurangkan dari segi kesan jerebu.
00:43Tetapi apa yang diperlukan sangat ialah hujan yang menyeluruh di kuasa kebakaran tersebut.
00:49Kerana kita perlu memadamkan punca dulu bagi memastikan jerebu itu tidak dibawa ke negara kita.
00:57Sebab kita sentiasa maklum bahawa sepanjang bulan September ini angin kita masih lagi konsisten daripada arah barat daya iaitu daripada
01:05arah kuasa kebakaran tersebut.
01:08Jadi yang perlu kita harapkan adalah hujan yang menyeluruh, terutamanya di bagian barat Kalimantan dan juga selatan Kalimantan supaya dapat
01:17mengurangkan sedikit asap jerebu yang berpunca daripada sana.
01:21Malaysia kini mengalami monsoon barat daya yang dicirikan cuaca panas, kering serta kurang hujan dan dijangka berterusan sepanjang September.
01:29Pada 28 Ogos lalu, sebanyak 1,738 titik panas direkodkan di selatan dan barat Pulau Borneo.
01:36Walaupun jumlah itu menurun kepada 261 titik panas di Kalimantan Barat, asap masih dibawa angin ke barat dan selatan Sarawak.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended