00:00Seminggu selepas tanah runtuh melanda pelabuhan sempadan Girong di Zizang, China, usaha menangani kesan bencana kini diperluas kepada aspek kesihatan.
00:11Pasukan perubatan tentera digerakkan bagi mencegah penularan penyakit selain memberikan rawatan kepada penduduk dan sokongan psikologi kepada anggota penyelamat.
00:24Pasukan perubatan dan pencegahan wabak itu tiba pada Isnin selepas menempuh perjalanan melebihi 10 jam.
00:30Ia dianggotai pelbagai unit petugas hospital serta unit lain.
00:34Operasi serentak dimulakan pada pagi selasa merangkumi rondaan perubatan, saringan kesihatan dan rawatan kepada penduduk terjejas.
00:42Pasukan itu turut menguji bekalan air dan menjalankan proses nyahkuman di zon kemah, tandas awam serta tempat pengumpulan sampah.
00:49Dalam masa sama, khidmat psikologi disediakan kepada anggota penyelamat yang berdepan tekanan akibat operasi berintensiti tinggi.
00:56Kaunseling berkumpulan dan sesi individu diadakan bagi membantu mereka menguruskan tekanan sepanjang operasi.
Comments