• 3 months ago
Bekas Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai ahli Parlimen bagi menumpukan perhatian kepada peranan dalam hal ehwal antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, ini adalah perkembangan yang baru saja kita cerima bekas Peranan Menteri Britain, Keir Starmer, mengumumkan beliau akan meletak jawatan
00:08sebagai ahli parlimen bagi menumpukan perhatian kepada peranan dalam hal ehwal antarabangsa.
00:15Langkah ini akan mencetuskan pilihan raya kecil bagi kerusi kawasan Horbent dan St. Pancras di London, yang mana ia merupakan
00:24kubu kuat parti buruh yang diwakilinya sejak 2015.
00:28Starmer yang meninggalkan Downing Street pada Julai sebelum ini menyatakan hasrat untuk kekal sebagai ahli parlimen sehingga pilihan raya umum
00:37UK akan datang yang dijadualkan pada 2029.
00:41Namun dalam satu kenyataan mengejut beberapa jam sebelum pegantinya, Andy Burnham membuat penampilan sulung di Dewan Rakyat.
00:48Beliau mengumumkan peletakan jawatannya untuk memberi tumpuan kepada isu-isu seperti hal ehwal antarabangsa serta keganasan terhadap wanita dan kanak
00:58-kanak.

Recommended