00:00Enam pengurus syarikat dan seorang pegawai penerangan pihak berkuasa tempatan PBT di Melaka ditahan seranjaya pencerahan rasuah Malaysia, SPRM kerana dipercayai terlibat tuntutan palsu berjumlah hampir RM140,000 bagi pembekalan makanan dan minuman.
00:18Magistrit N. Siva Shangari membenarkan kesemua suspek di reman lima hari sehingga 18 Ogos ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Magistrit Air Keroh pada Kamis.
00:32Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Melaka sekitar jam 11 pagi hingga 12 tengah hari pada Rabu ketika hadir memberi keterangan.
00:49Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa syarikat yang menerima kerja pembekalan makan dan minum telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka, kononnya bagi program diadakan sekitar tahun 2024.
01:04Syarikat-syarikat ini disyaki telah mengemukakan 81 invoice yang disyaki mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan hampir RM140,000 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan.
01:18Sementara itu, pengarah SPRM Melaka Adi Supian Syafi'i ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
01:29Terima kasih kerana menonton!
01:29Terima kasih kerana menonton!
01:31Terima kasih kerana menonton!