• 1 year ago
Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya pakar bedah kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas pelajar sekolah agama dari Sabah, Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC sedang mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya pakar bedah.
00:09Kononnya terlibat dalam proses bedah siasat ke atas pelajar sekolah agama dari Sabah, Zara Kairinama Hadir baru-baru ini.
00:19Dalam satu siaran langsung di platform TikTok pada Rabu lepas, individu terbabit memberi gambaran kesimpulan seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.
00:27Menteri Komunikasi, Dato' Fahmi Fadil memberitahu, semakkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan lelaki tersebut bukan kaki tangan kementerian, apatah lagi terlibat dalam proses bedah siasat.
00:39Semakkan dengan pihak Kementerian Kesihatan membuktikan bahawa individu tersebut bukan seorang dokter pakar seperti yang didakwa.
00:48Malangnya kandungan ucapan beliau dalam sesi TikTok Live itu telah tulah.
00:54Seolah-olah pelbagai perkara yang beliau ungkapkan itu benar-benar berlaku melibatkan kes arwah Zara Kairina.
01:03Pihak berkuasa sedang mengesan individu ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
01:08Jadi ini mesej yang telah dihantar oleh Deputy Director General Medical kepada Menteri Kesihatan yang telah memanjangkannya kepada Kementerian Kesihatan.
01:19Dan DDG Medical telah mendapat maklumat dari Dr. Jessica yang merupakan Leading Forensic Pathologist Team.
01:27TikTok ini mula tersebar petang tadi, maksudnya rakaman tersebut.
01:34Ini merujuk semalam.
01:37Dan saya dimaklumkan perkara ini oleh beberapa pakar forensik dan polis untuk pengesahan.
01:42Individu tersebut bukan pakar forensik dan semua info yang dia war-warkan adalah info palsu.
01:48Beliau berkata demikian, selepas majlis peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang,
01:53Peringkat Melayu Sekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2025 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur pada Sabtu.
02:01Katanya akaun TikTok individu terbabit juga sudah ditukar kepada mode private, sekaligus menghalang sebarang interaksi dengannya.
02:08Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur
Comments

Recommended