00:00Hubungan erat Sabah dengan Putrajaya dilihat sebagai suatu keperluan strategik bagi keutamaan pembangunan negeri itu, menurut penganalisis.
00:08Bill Cebala dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Perjanjian Kerjasama Komersial 2021 dengan Petronas hanya dapat dilaksanakan kerana adanya hubungan erat antara kerajaan persekutuan dan negeri, sambil menegaskan bahawa kerjasama itu membolehkan rundingan mengenai hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
00:30Beliau memberi amaran bahawa tanpa hubungan yang membina Sabah berisiko diketepikan dalam pengagihan sumber dan polisi.
00:37Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu berkata, Sabah masih bergantung kepada peruntukan dan kelulusan kerajaan persekutuan dengan merujuk kepada era parti Bersatu Sabah pada tahun 1985 apabila hubungan yang dingin dengan kerajaan persekutuan membawa kepada tindakan lompat parti serta peletakan jawatan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingat.
01:02Beliau berkata mana-mana parti yang membentuk kerajaan Sabah seterusnya mesti bekerjasama rapat dengan Pakatan Harapan dan UMNO memandangkan pengaruh mereka di peringkat persekutuan.
01:13Pada 12 Ogos lalu, Ketua Menteri Haji Jinur berkata kerjasama gabungan rakyat Sabah dengan PH adalah penting untuk pembangunan negeri sambil menambah bahawa kemenangan pilihan raya tanpa kestabilan tidak akan membawa makna.
01:28Terima kasih telah menonton!