00:00Sebuah pesawat pejuang FA-18D Hornet milik Tentera Udara Deraja Malaysia, TUDM, terbabit dalam kemalangan di landasan lapangan terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang sebentar tadi.
00:13TUDM dalam kenyataannya memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 9.05 malam.
00:19TUDM berkata pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
00:26Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih berhubung insiden.
00:35Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahya Uthman yang mengesahkan insiden kemalangan berkenaan berkata,
00:41seorang juruterbang serta pembantu juruterbang TUDM dilaporkan selamat.
00:46Beliau berkata insiden berkenaan berlaku ketika pesawat hendak berlepas dari landasan.
00:51Katanya polis sahkan kejadian berkenaan dan juruterbang serta pembantu juruterbang dibawa ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut.
01:02Dalam pada itu, rakaman video dikongsi orang awam di media sosial menunjukkan
01:05injen pesawat terbabit mengalami kebakaran ketika berlepas.
01:09TUDM memiliki 8 pesawat tempur pelbagai peranan MRCA, 2 enjin FA-18D Hornet yang dibeli daripada McDonnell Douglas
01:19atau kini dikelar Boeing dan diterima pada 1997.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments