Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tabung khas yang digerakkan bagi membantu dua beradik yang mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kemalangan tragis, Februari lalu berjaya mengumpul dana lebih RM222,000 dalam tempoh enam bulan.
Transcript
00:00Tabung khas yang digerakkan bagi membantu dua beradik yang mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kemalangan tragis Februari lalu berjaya mengumpul lebih RM222,000 dalam tempoh enam bulan.
00:14Dalam kejadian itu, motosikal yang ditungani nenek mereka bertembung dengan sebuah lori di jalan besar sungai Bakap Pulau Pinang menyebabkan M. Kavajita lima tahun putus kaki kanan manakala abangnya M. Darshan tujuh tahun cacat di tangan kiri.
00:33Exko Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S. Sundaraju berkata, daripada jumlah tersebut RM42,000 digunakan untuk membeli sebuah unit di projek rumah pangsa Mutiara Indah di Bandar Tasik Mutiara.
00:48Katanya buat masa ini rumah itu didaftarkan atas nama nenek mereka sebagai pemegang amanah.
00:52Namun apabila dua beradik itu mencecah usia 18 tahun, hak milik rumah akan dipindahkan kepada mereka.
00:58Katanya unit di tingkat satu itu direkam Mesra OKU, dilengkapi kemudahan lift serta laluan khas kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dua beradik itu.
01:07Ketika menziarahi kanak-kanak itu di Hospital Pulau Pinang pada Februari lalu, Sundaraju mencadangkan sebuah tabung khas diwujudkan di bawah seliaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap.
01:20Disebabkan sambutan yang luar biasa, kempen yang pada awalnya dijaduh berakhir pada 21 Mei dipanjangkan.
01:25Pada pukul 7.15 pagi 18 Februari lalu ketika nenek mangsa dalam perjalanan menghantar mereka ke sekolah, tiga beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori yang menggilis kanak-kanak itu.

Recommended