• 1 year ago
Serangan udara Israel ke atas Hospital Nasser di Gaza meragut 15 nyawa termasuk empat wartawan, dengan siaran langsung Reuters terputus ketika serangan berlaku.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 15 maut dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Nasir di Gaza pada Isnin.
00:07Antara terkorban ialah empat pengamal media termasuk juru kamera daripada agensi berita Reuters, Husam Al-Masri.
00:16Serangan kedua turut mencederakan jurugambar Hatim Khalid yang juga bekerja untuk Reuters.
00:22Saksi menyatakan serangan kedua berlaku selepas pasukan penyelamat, wartawan dan orang awam bergegas ke lokasi serangan pertama.
00:30Dalam kejadian itu, siaran langsung video Reuters dari Hospital dikendalikan Masri tiba-tiba terputus ketika serangan pertama berlaku.
00:39Pegawai kesihatan Gaza menamakan tiga lagi wartawan yang terbunuh sebagai Mariam Abu Daga, Muhammad Salama dan Muaz Abu Taha.
00:46Seorang anggota penyelamat turut disahkan terkorban.
00:50Tentera Israel dan Pejabat Perdana Menteri Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang komen segera berhubung serangan tersebut.
00:57Menurut Kesatuan Wartawan Palestine, lebih daripada 240 wartawan Palestine terbunuh akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Recommended