• 1 year ago
Protes secara keseluruhan berlangsung dengan kawalan ketat pihak keselamatan, termasuk penempatan anggota tambahan di sekitar kawasan DPR.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan 15 individu kerana tindakan provokatif ketika demonstrasi besar-besaran di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR di Jakarta pada Isnin.
00:12Protes ini dianjurkan gerakan Indonesian People's Revolution yang disertai pelbagai kumpulan masyarakat sivil termasuk pekerja, petani dan mahasiswa.
00:22Mereka berarap ke kompleks parlimen bagi menyerahkan tuntutan terhadap isu politik semasa serta menggesa DPR dibubarkan.
00:32Penganjur turut mendesak siasatan penuh dijalankan terhadap dakwaan kes rasuah melibatkan keluarga bekas Presiden Joko Widodo.
00:42Selain menuntut seorang pemimpin politik Indonesia diturunkan iaitu Gibran Raka Bumi Raka yang kini menjadi tumpuan selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi politik.
00:53Meskipun berlaku beberapa isi dan kecil, protes secara keseluruhan berlangsung dengan kawalan ketat pihak keselamatan termasuk penempatan anggota tambahan di sekitar kawasan DPR.
01:04Sekat ini, pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada tuntutan kumpulan tersebut akan dibincangkan di Pikat Parlimen.

Recommended