00:00Taufan Kajiki melander pesisir selatan wilayah Hainan, China pada malam ahad, menjejaskan lebih daripada 100,000 orang menurut kenyataan pegawai dalam sidang media peringkat wilayah pada Isnin.
00:12Menurut pegawai terbabit, Taufan itu melalui kawasan luar pesisir dari bandar peranginan Sanya ke daerah autonomi Li Liedong dan menuju ke kawasan pesisir tengah dan utara Vietnam.
00:24Anggaran awal menunjukkan kira-kira 102,500 penduduk di Hainan terjejas dan tiada kematian dilaporkan setakat Isnin.
00:36Taufan tersebut menyebabkan kerusakan jalan raya, sistem bekalan air, kemudahan kuasa dan komunikasi selain insiden pokok tumbang dan banjir di bandar dan daerah seperti Sanya, Ledong, Lingshui, Wanning dan kawasan berdekatan.
00:50Lebih 10,000 anggota tentera, polis dan bomba telah dikerahkan dan lebih 770,000 bekalan kerja masal disalurkan bagi menyokong kawalan banjir, bantuan bencana dan pembersihan jalan di kawasan terjejas.
01:03Lampangan terbang antarabangsa Shanya Phoenix telah dibuka semula, manakala tiga pelabuhan utama di Ibu Negeri Haikau dijangka kembali peroperasi pada Isnin.
01:12Sementara itu, Jabatan Penjagaan dan Mitigasi Bencana Thailand DDPM mengeluarkan amaran bagi kawasan berisiko di 58 wilayah di seluruh negara, susulan Taufan Kajiki yang dijangka akan melanda pada selasa dan rabu.
01:25Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasyikan Watanacan berkata, Taufan Tropika itu berpotensi mencetuskan kejadian banjir, aliran lumpur dan tanah runtuh di banyak kawasan selain ombak kuat di Laut Andaman Utara dan Teluk Thailand.
01:42Terima kasih telah menonton!