• 1 year ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara, kerana disyaki terlibat dengan rasuah sejak 2014.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini berita yang baru kami terima suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan Great Jusa B yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan PBT di Ibu Negara kerana disyaki terlibat rasuah sejak 2014.
00:23Menurut sumber, dua suspek pula melibatkan seorang lelaki yang merupakan pemilik syarikat dan seorang wanita berumur lingkungan empat puluhan masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan antara satu tengah hari hingga dua petang Isnin.
00:43Memetik bernama manakala suspek lelaki berumur lingkungan lima puluhan yang berkhidmat dengan PBT pula ditahan di Pejabatnya kira-kira pukul 4 petang hari sama.
00:53Suspek berjawatan pemilik syarikat itu disyaki membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.
01:02Susulan tangkapan kesemua suspek, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama.
01:17SPRM turut membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.
01:24Sementara itu, pengarahkanan bahagian perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezreal Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
01:34Kes disiasat di bawah Seksyen 16 kurungan A, kurungan B, Akta SPRM 2009.

Recommended