00:00Sebahagian bumbung Sekolah Kebangsaan Seri Perlis di Kanga rosak selepas diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada petang Isnin.
00:08Seramai 207 murid sekolah terbabit terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR buat sementara waktu.
00:17Pengarah Pendidikan Perlis Ros Aza C. Arifin berkata kejadian pada pukul 5.20 petang itu menjejaskan murid kelas tahun 1, tahun 2, prasekolah dan program pendidikan khas integrasi.
00:33Jabatan Pendidikan Negeri atau JPN sudah memaklumkan kejadian itu kepada semua penjaga murid.
00:39Pihak sekolah turut diminta memantau pembelajaran murid sepanjang tempoh PDPR.
00:45Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq menerusi hantaran di Facebook pada malam Isnin memaklumkan sudah meminta JPN Perlis menyediakan laporan penuh kerosakan bangunan.
00:57Peruntukan bencana akan disalurkan supaya kerja baik pulih dapat dilaksanakan segera.
01:02Selain itu, Ketua Polis Daerah Kangar, SCP Yusyarifuddin Muhammad Yusof turut memaklumkan sebuah kereta rosak ditimpa bumbung sekolah yang diterbangkan angin.