• 1 year ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 di Busan, Korea Selatan, bagi memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga.
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof tiba di Busan, Korea Selatan pada Isnin 4.45 minit petang waktu tempatan untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15, APEC IMM-15.
00:17Ketibaan Fadilah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohamad Zamruni Khalid.
00:26Fadilah berada di Busan sehingga 29 Ogos sempena mesyuarat berkenaan serta beberapa lawatan kerja.
00:36APEC IMM merupakan mesyuarat peringkat menteri di bawah kerangka APEC dan kesinambungan daripada sesi terdahulu yang berlangsung di Lima Peru tahun lalu.
00:46Antara agenda mesyuarat adalah perbincangan mengenai dasar dan inisiatif sektor tenaga selain usaha menggalakkan kerjasama serta pelaburan dalam kalangan ekonomi APEC.
00:55Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi kali ini dengan tema mesyuarat Accelerating Sustainable, Affordable, Reliable, Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future.
01:07Hasil mesyuarat akan dimuktamadkan melalui satu kenyataan bersama menteri-menteri tenaga APEC.
01:11Fadilah turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat antaranya dari Korea Selatan, Hong Kong, China, New Zealand dan Brunei.
01:21Ia bagi memperluas jaringan kerjasama dalam bidang tenaga khususnya yang menyokong agenda peralihan tenaga negara.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended