00:00Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah pada Khamis malam, menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari.
00:08Gegaran daripada gempa bumi lemah bermagnitude 2.5 itu dirasai pada jam 7.56 malam Khamis.
00:16Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu direkodkan pada koordinat 2.6 darjah utara dan 102.8 darjah timur iaitu 13 km utara dari Segamat, Johor pada kedalaman 10 km.
00:34Setakat ini tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima.
00:38Med Malaysia akan terus memantau situasi itu dan akan mengeluarkan sebarang perkembangan terkini sekiranya perlu.
00:47Orang ramai yang merasai gegaran dinasihatkan untuk kekal bertenang dan mengikuti laporan rasmi daripada Med Malaysia dari semasa ke semasa.