Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Aplikasi MYJalan yang sebelum ini dikenali sebagai saluran aduan kerosakan jalan, akan diperluas fungsinya menjadi satu pangkalan data nasional yang menyeluruh bagi pengurusan infrastruktur jalan di seluruh Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aplikasi MyJalan yang sebelum ini digunakan sebagai saluran aduan kerusakan jalan, kini bakal dipertingkatkan menjadi pangkalan data nasional bagi pengurusan infrastruktur jalan di seluruh negara.
00:13Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nantalingi berkata, langkah itu diambil bagi mengatasi cabaran kekurangan data yang seragam dan menyeluruh yang menjadi penghalang utama dalam pengurusan jalan.
00:25Beliau berkata demikian selepas menghadiri seminar dan sesi libat urus data jalan program MyJalan 2025.
00:36Program ini juga menerima maklum balas positif daripada wakil kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dengan beberapa sesi tambahan akan diadakan sebelum cadangan itu dibawa ke mesyarat Jemaah Menteri menjelang penghujung 2025.
00:49Sejak dilancarkan pada 24 Ogos 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MyJalan telah menerima 40,938 aduan berkaitan jalan raya setakat 31 Julai lalu.
01:04Daripada jumlah itu, 30.4% melibatkan jalan persekutuan, manakala 69.6% lagi melibatkan jalan negeri dan pihak berkuasa lain.
01:12MyJalan diiktiraf sebagai inisiatif penting kerajaan madani ke arah pengurusan jalan raya yang lebih selamat, sistematik dan inklusif.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended