00:00Kira-kira 53% daripada pendeposit tabung haji tidak memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 iaitu jumlah minimum yang diperlukan bagi mendaftar haji.
00:12Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Haji Mustaqim Mohamad berkata, kadar simpanan yang rendah turut memberi kesan apabila kira-kira separuh daripada pendeposit yang menerima tawaran haji setiap tahun terpaksa menolak atau menunda giliran haji.
00:30Berbeza dengan pendeposit berkemampuan, beliau berkata golongan ini cenderung menyimpan di institusi kewangan lain dan hanya memindahkan bayaran penuh haji ke akaun TH mereka apabila rayuan diterima bagi mengisi kekosongan akibat penolakan pendeposit yang tidak mampu.
00:50Sehubungan itu, menurut Abdul Rashid, situasi ini menuntut pendekatan baharu dalam strategi tabung haji dengan fokus utama mengembalikan peranan TH sebagai institusi kewangan Islam yang diakini bukan sekadar pengendali ibadah haji.
01:06Katanya tabung haji perlu menyaingi pasaran dengan strategi pemasaran modern, perkhidmatan digital yang mesra pengguna serta produk simpanan yang lebih relevan dengan generasi muda.
01:17Abdul Rashid turut menekankan bahawa kejayaan transformasi TH akan diukur melalui pertumbuhan simpanan.
01:25Pada masa ini, TH mempunyai RM93 bilion simpanan pendeposit dan pihaknya menyasarkan peningkatan jumlah ini kepada RM110 bilion menjelang akhir 2027.