Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Hujan lebat berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 maut di Pakistan dan India, selain mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di wilayah Kashmir pada Rabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hujan lebat berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 maut di Pakistan dan India selain mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di wilayah Kashmir pada Rabu.
00:12Di Pakistan, lebih 210,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan berterusan menenggelamkan kawasan kediaman berhampiran sempadan India.
00:22Ketua Badan Pengurusan Bencana Negara, Lieutenant General Inam Haider berkata operasi menyelamat giat dijalankan termasuk penghantaran bekalan bantuan ke kawasan terjejas.
00:36Dua anggota di tentera dilaporkan terkobat ketika membantu mangsa banjir.
00:41Sementara itu, di Kashmir, hujan lebat mengakibatkan sebahagian cerong gunung runtuh dilaluan menuju kuil Hindu popular di kawasan Katra, Jamu pada lewat malam selasa.
00:52Pegawai Pengurusan Bencana, Muhammad Irsyad, mengesahkan mayat beberapa jemaah berjaya ditemui, manakala 18 yang lain cedera dan kini dirawat di hospital.
01:03Aktiviti ziarah ke kuil berkenaan digantung sementara ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang masih hilang.
01:11Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangka berterusan di seluruh rantau Himalaya minggu ini selepas hampir 100 nyawa terkobat di kawasan tersebut sepanjang Ogos.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:24Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!

Recommended