Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk memendekkan tempoh visa bagi pelajar asing dan wartawan, menurut satu cadangan kerajaan pada Rabu, ketika pentadbiran Presiden Donald Trump memperluas usahanya untuk membanteras isu pendatang haram di seluruh negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat merancang memendekkan tempoh visa bagi pelajar asing dan wartawan menurut satu cadangan kerajaan pada Rabu.
00:09Rancangan itu ketika pentadbiran Presiden Donald Trump memperluas usahanya untuk membanteras isu pendatang haram di seluruh negara.
00:17Menurut media antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata,
00:20pihaknya sedang berusaha untuk mengetatkan peraturan bagi visa F untuk pelajar antarabangsa, visa J untuk pelawat yang dibenarkan menyertai program pertukaran dan visa I untuk pengamal media.
00:37Di bawah rancangan itu, pemegang visa pelajar dan pertukaran hanya dibenarkan tinggal sehingga empat tahun, manakala visa wartawan tidak berlebihi 240 hari.
00:47Bagi warga negara Cina dalam kategori itu pula, tempoh maksimum dihadkan kepada hanya 90 hari.
00:53Jabatan itu berkata, Amerika Syarikat telah terlalu lama membenarkan pelajar asing dan pemegang visa lain untuk tinggal di negara itu,
00:59sambil menegaskan amalan sedemikian menimbulkan risiko keselamatan, membebankan pembayar cukai dan merugikan rakyat tempatan.
01:07Peraturan baru yang dicadangkan ini akan menamatkan penyalahgunaan itu secara muktamat dengan menghadkan tempoh tertentu pemegang visa dibenarkan tinggal.
01:14Pada 2023, terdapat lebih 1.6 juta kemasukan ke Amerika dengan status visa F meningkat daripada 260,000 pada tahun persekolahan 1980-81 menurut cadangan itu.
01:28Ia berkata seramai 32,470 pemegang visa I memasuki negara itu pada 2023 berbanding 16,753 pada 1985.

Recommended