Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jalan Bukit Bintang hari ini bertukar menjadi lautan warna-warni apabila ribuan peserta Keretapi Sarong 2025 membanjiri kawasan itu sempena sambutan Hari Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bila jalan Bukit Bintang hari ini bertukar menjadi lautan warna-warni apabila ribuan peserta kereta api Sarung 2025 membanjiri kawasan itu sempena sambutan Hari Malaysia.
00:10Jalan-jalan utama di Bukit Bintang tidak seperti biasa, sebaliknya dipenuhi ribuan rakyat berbagai lapisan umur yang tampil bergaya dengan pakaian tradisional daripada sarung batik, kebaya, baju kurung, baju Melayu sehinggalah sari dan busana etnik yang lain.
00:25Peserta menaiki tren dari pelbagai stesen sebelum berkumpul di KL Central lalu berarak bersama-sama menuju ke Bukit Bintang dalam suasana penuh keceriaan.
00:37Kemeriahan semakin rancak dengan persembahan flash mob, tarian tradisional dan nyanyian beramai-ramai sekaligus menarik perhatian pelancong asing yang berhenti seketika untuk turut sama menyaksikan suasana unik itu.
00:50Bagi peserta, acara kereta api Sarung 2025 mempunyai keunikan setiap tahun.
00:55Ini adalah masa kedua saya. Sebelum ini saya rama-rama. Hari ini saya adalah sayur-sayuran.
01:05Tahun ini lebih meriah saya rasa kerana sebenarnya dia dah jadi sangat global dan juga dekat sini juga ada banyak participasi,
01:16penggunaan dan perkara macam itu. Jadi sekarang ini sangat meriah dekat sini.
01:22Leona macam dah lama teringin gila nak join kereta api Sarung dan tahun ni macam okay you know what I'm just gonna do it and hari ni Leona datang dengan AirAsia.
01:32So okay lah.
01:33Ya okay. Sangat best. I'm macam oh my god gempatnya event ni.
01:37Okay saya mewakili etnik minoriti orang Bugis.
01:41So...
01:42Sebab saya memang adalah seorang berdarah Bugis daripada negeri Johor dan ini adalah sebenarnya adalah pakaian tradisi masa mereka kahwin.
01:50Tapi saya bagi interpretation saya sendiri dengan gabungan lelaki dengan perempuan dalam satu.
01:54sebab orang tak tahu macam mana cara orang Bugis berpakaian bila kahwin.
01:58So this is actually more than positive lah.
02:01Sementara itu pengarah kereta api Sarung 2025 Syamsul Bahrain berkata bertemakan serumpun.
02:07Acara ini bukan sahaja mengangkat mesej perpaduan dan kebersamaan.
02:11Malah menjadi platform anak muda mendekati warisan budaya dalam suasana santai dan kreatif.
02:16Tahun ini kita membuat dia lebih luas ke serumpun serantau ASEAN dan ini juga bersempena dengan kepengurusian ASEAN.
02:28Malaysia sebagai kepengurusian ASEAN.
02:30Kehadiran ribuan peserta dengan pelbagai pakaian tradisional menyerikan lagi sambutan Hari Malaysia.
02:36Sekaligus menombatkan kereta api Sarung sebagai acara kebudayaan ikonik yang mendapat perhatian nasional dan antarabangsa.
02:42kereta api Sarung 2025 turut dianjurkan serentak di tujuh lokasi lain iaitu Melaka, Georgetown di Pulau Pinang, Ipoh di Perak, Kuantan di Pahang, Sungai Bertani di Kedah, Pasir Mas di Kelantan dan Johor Baru di Johor.
02:57Kereta api Sarung!

Recommended